Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Redha dengan penyusunan Allah


(Hadith Qudsi)

Anas B. Malik meriwayatkan :

“Sesungguhnya di antara hambaKu ada imannya tidak menjadi baik kecuali dengan kefakiran, jika Aku lapangkan rezekinya, maka imannya akan rosak. Di antara hambaKu ada imannya tidak menjadi baik kecuali apabila dia kaya, jika Aku membuatnya fakir pasti imannya rosak. Di antara hambaKu ada imannya baik kecuali apabila dia sihat. Jika Aku membuatnya sakit maka imannya pasti rosak. Dan diantara hambaKu ada imannya tidak baik kecuali apabila dia sakit. Di antara hambaKu ada yang meminta satu pintu ibadah, lalu Aku tutup pintu itu darinya agar dia tidak kerasukan ujub. Aku mengatur hamba-hambaKu dengan pengetahuanKu terhadap apa yang ada di dalam hati mereka. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui lagi Maha Lembut”

 

Sungguh! sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.

Hadith 36


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, yang bersabda :

“Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan dirinya di dunia dan di akhirat.

Barangsiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di akhirat.

Dan Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya berusaha menolong saudaranya.

Barangsiapa yang menuju satu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke syurga.

Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya antara sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat, di kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada sesiapa yang di sisiNya.

Sesiapa yang dilengahkan oleh amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh keturunannya.”

[H.R. Muslim]

Pengajaran hadis:

  •  lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat antara satu sama  lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar kegemilangan tamadun lslam yang silam.
  •  lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam kesempitan dunia, yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara ke’aibannya daripada  disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan Allah balasan yang setara  dan setimpal dengan perbuatannya.
  • Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka tolong menolong sesama mereka.
  • llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu, dengan niat ikhlas, Allah menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
  •  Berkumpul dan mengkaji al-Qur’an dan ilmu di masjid adalah antara amalan yang amat diberkati  Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat menyelubungi mereka. Mereka  mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka kepada para  penghuni langit.
  • Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan rahmat Allah, bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan jahatnya menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak mampu sama sekali memberi syafa’at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat lslam agar berbekal dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti.

Hakikat Pernikahan Dalam Islam


Abu BAkar Jabir Al-Jazairy dalam kitab Minhajul Muslim menyebutkan bahawa pernikahan adalah akad yang menghalalkan kedua belah pihak – lelaki & perempuan – untuk bersenang-senang satu dengan yang lainnya. Dengan demikian, pernikahan boleh difahami sebagai: aqad untuk beribadah kepada Allah, aqad untuk menegakkan syariat Allah, aqad untuk membangunkan rumah tangga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Pernikahan juga aqad untuk meninggalkan kemaksiatan, aqad untuk saling mencintai kerana Allah, aqad untuk saling menghormati dan menghargai, aqad untuk saling menerima apa adanya, aqad untuk saling menguatkan keimanan, aqad untuk saling membantu dan meringankan beban, aqad untuk saling menasihati, aqad untuk setia kepada pasangannya dalam suka dan duka, dalam kefakiran dan kekayaan, dalam sakit dan sihat.

Read more…

Hold


“Please hold me up when i’m falling down. sometimes, just be there, and that’s enough”

^_^

Talian Hayat Pelarian Somalia


 

Talian Hayat Pelarian Somalia

Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yg dikehendakiNya di antara hamba2Nya, dan menyempitkan bagi (siapa yg dikehendakiNya).” Dan barang apa saja yg kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikan dan Dialah Pemberi Rezeki yg sebaik2nya” (Saba’: 39)

Abu Hurairah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Orang yang dermawan itu dekat dengan Allah dekat dengan Surga, dekat dengan manusia dan jauh dari neraka. Sementara orang yang kikir itu jauh dengan Allah jauh dengan surga, jauh dengan manusia, dan dekat dengan neraka. orang yang bodoh tapi berjiwa dermawan itu lebih dicintai Allah daripada orang yang berpengetahuan tetapi kikir.” (HR Tirmidzi)

Bersedekah hanya dilakukan orang yang tidak takut miskin. 

Abu Kabsyah al-Anmari berkata, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ada 3 hal yang aku bersumpah dengannya dan aku ceritakan kepada kalian, maka jagalah ia dgn sebaik-baiknya: Tidaklah harta orang yg disedekahkan itu berkurang, tidaklah seseorang yang dizalimi tapi ia tetap bersabar kecuali Allah akan menambahkan kemuliaan dirinya, dan tidaklah seseorang itu membuka pintu permasalahan kecuali Allah akan membuka pintu kemiskinan baginya, atau kalimat yg semisal dengannya.” (HR tirmidzi)

Rujukan: buku “Dahsyatnya hidayah – Amru Khalid”

 

 

 

 

 

 

 

Jejak – Izzatul Islam


menapaki langkah-langkah berduri
menyusuri rawa, lembah dan hutan
berjalan diantara tebing jurang
smua dilalui demi perjuangan
Read more…

Post Navigation