Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Perkongsian : Pergantungan Pada Allah


2.40 am:  Insha allah hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat sebentar tadi semasa mesyuarat program Kembara Ilmu Menjejaki Bumi Anbiya’ (KIMBA).  Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk mendengar penyampaian ringkas tetapi sangat2 bermakna yang disampaikan oleh felo penasihat program ini iaitu En Noor Azam. Peringatan tentang pergantungan  pada Allah disampaikan melalui terjemahan surah Al-fatihah.

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2.Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.

En Azam membacakan surah al Fatihah dan mula bertanyakan pada setiap peserta terjemahan bagi setiap ayat. Pesannya, apabila baca Al-quran, maka bacalah sekali terjemahannya. Ianya bertujuan untuk kita memahami dan mempraktikkan ayat-ayat Al-quran dalam kehidupan kita. Ketika solat, kita membacakan surah ini, tetapi amatlah sayang jika kita tidak menghayatinya. Kita mengatakan bahawa ketika solat, kita berbicara dengan Allah, kita berkomunikasi dengan Allah. Tetapi jika kita tidak memahami ayat-ayat yang dibaca, bagaimanakah dengan nilai solat kita?  Kita berbicara dengan Allah tetapi kita tidak tahupun apa yang kita cakap dengan Allah.

Dari surah ini, kita mengetahui sifat Allah iaitu Pemurah dan pengasih. Mintalah apa sahaja kepada Allah, Allah akan beri.

Ada seorang lelaki bertemu Rasulullah saw dan bertanya:

‘Wahai Rasulullah saw, apakah Tuhan kita jauh sehingga kita perlu menyeru Nya, atau adakah Dia dekat sehingga cukup untuk berbisik kepada Nya?’

Maka turunlah firman Allah:

‘Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.’

(Al Baqarah 2:186)

Apabila kita kurang meminta, maka Allah tidak memberi. Dan ketika kita melaksanakan sesebuah program, ianya akan terasa sukar. Ini kerana, kita merasakan bahawa kitalah yang merancang, menyusun, mentadbir dll. Perasaan tidak merasai pergantungan kepada Allah menjadikan kita merasa sempit. Tahap kebergantungan kita kepada Allah semakin berkurang. Kita tidak merasai  bahawa Allah lah sebaik-baik pentadbir, sebaik-baik perancang dan merasakan diri kita hebat.

Jika kita inginkan pertolongan dari Allah, maka kita perlulah tundukkan diri kepada Allah, mintalah pertolongan dariNya. Seperti yang diterangkan dalam ayat berikut:

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.” (Al-Fatihah: 5)

Masalah kebuntuan yang dihadapi kini  adalah akibat kekurangan doa, kurangnya pergantungan kepada Allah. Maka solusinya ialah, tingkatkan Hubungan Dengan Allah. Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan melakukan apa yang Allah suruh DAN tinggalkan apa yang Allah larang.

Terdapat syarat-syarat berdoa. Antaranya:

1.       Ikhlas

2.       Disertai dengan usaha.

** Berdoa tanpa usaha = Angan-angan

** Berusaha tanpa berdoa = hidup tidak bertuhan.

Untuk ke tempat yang baik, tempat yang Allah redha, ujiannya sangatlah tinggi. Ianya perlu disertai dengan usaha yang deras dan bertalu-talu dan disertai dengan doa. Semasa cuti yang ada ini, perlulah dipenuhi dengan tanggungjawab kepada  Allah dan kepada gerak kerja untuk mencari dana. Gerak kerja ini perlukan komitmen peribadi iaitu pengorbanan. Di waktu yang semakin genting ini, usahalah semaksimum yang mungkin. Usaha yang telah dilakukan masih belum mencapai 100%. Tingkatkan usaha dan tingkatkan doa.Untuk pergi ke tempat yang nilainya sangat tinggi, mestilah dibeli dengan pengorbanan.

Sesungguhnya kita sangat-sangat memerlukan Allah dalam kehidupan kita, Ayuh selami sebuah Hadith Qudsi yang menunjukkan betapa kita memerlukan Allah swt.

Rasulullah saw bersabda: ‘Allah berfirman, “Wahai hamba-hamba Ku, setiap kalian itu sesat kecuali Aku berikan petunjuk, maka mintalah petunjuk dari Ku, nescaya Aku berikan petunjuk. Wahai hamba-hamba Ku, setiap kalian itu lapar, kecuali Aku berikan makanan, maka mintalah makanan dari Ku, nescaya Aku berikan makanan. Wahai hamba-hamba Ku, setiap kalian itu telanjang, kecuali Aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian dari Ku, nescaya Aku berikan pakaian. Wahai hamba-hamba Ku, setiap kalian bersalah siang dan malam, sementara Aku mengampuni segala dosa, maka mintalah ampunan dari Ku, nescaya Aku ampuni kalian…

Wahai hamba-hamba Ku, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kalian, serta seluruh bagsa manusia dan jin memiliki hati orang yang paling bertaqwa di kalangan kalian, maka itu tidak akan memberi tambahan apapun terhadap kekuasaan Ku. Wahai hamba-hamba Ku, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kalian, serta seluruh bagsa manusia dan jin memiliki hati orang yang paling nista di kalangan kalian, maka itu pun tidak dapat membuat kekuasaan Ku berkurang. Wahai hamba-hamba Ku, kalaulah generasi awal dan generasi akhir kalian, serta seluruh bagsa manusia dan jin berdiri dalam sebuah bukit, kemudian kalian semua mengajukan permintaan kepada Ku, lalu Aku beri setiap orang apa yang ia pinta, maka apa yang ada di sisi Ku tidak akan berkurang sedikit pun kecuali sebagaimana sebatang jarum mengurangi air samudera ketika dicelupkan ke dalamnya…”’ (HR Muslim, At Tirmidzi dan Ibn Majah)

Doa tidak dimakbulkan

Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: “Suatu hari Ibrahim bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrah lalu dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: ” Ya Abu Ishaq, Allah berfirman; bermaksud “Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya akan aku kabulkan.” Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan.” Ibrahim bin Adham menjawab: “Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh10 perkara”

1.   Kamu mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.   Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutanNya.
3.   Kamu tela mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.   Kamu menyatakan kamu umat Muhammad S.A.W tetapi tidak mengerjakan sunnahNya.
5.   Kamu menyatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6.   Kamu menyatakan diri kamu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.   Kamu menyatakan mati adalah benar tetapi kamu tidak bersiap sedia menghadapi mati.
8.   Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmy sendiri.
9.   Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhamu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.”


Semoga kita mendapat pengajaran daripada kata-kata Ibrahim Adham tadi.

Moga Allah permudahkan urusan kita untuk ke sana. Hati ini sangat berhajat untuk menjadi tetamu Allah. bersedialah untuk berkorban, perbaiki diri dan kuatkan hubungan kita dengan Allah. Semoga Allah redha dengan usaha-usaha yang dilakukan🙂

** insha allah esok akan bermula Kem Pembentukan JKM, akan ke Mersing untuk kem tersebut. ngeeee, program di tepi pantai yang indah.  Moga Allah permudahkan. ^^

Single Post Navigation

6 thoughts on “Perkongsian : Pergantungan Pada Allah

  1. Saya Doakan Engkau Berjaya Di dunia dan akhirat. Moga website ini menjadi RUMAH SEWA yang hasilnya dikutip di akhirat kelak.

  2. MasyaAllah.. Subhanallah.. tersentuh hati baca post ni.. terima kasih.. n mohon share utk bahagian2 tertentu di atas ye.. =)

  3. walaupun entry dh lama…bru Allah bagi rezeki utk saya baca..
    thnks sbb berkongsi ilmu…
    dan akan share juga ilmu ini kepada yg lain,insyaAllah🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: