Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Pengalaman sepanjang tempoh kehamilan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman, penyusunan dan pertolongan dari allah , yang disusunkan untuk diri ini. moga kita dapat melihat semua ini dari sudut tarbawi. Harapnya agar kita sama-sama dapat manfaat dari pengalaman ini.

Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah kerana sepanjang proses kehamilan, Allah saaaaaaangat permudahkan urusan. Bermula pada tanggal 31 disember 2011, Allah izin musibah melanda keluarga kami. Abang ipar saya yang pertama, abang Nabil Fikri terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ketika itu barulah saya mengetahui yang saya pregnant.

Dua minggu kemudian (17 januari 2012), kami menerima satu lagi berita sedih, dimana abang saya yang kedua telah kembali bertemu Allah slps terlibat dengan kemalangan. *moga allahyarham tergolong dalam golongan orang beriman dan Allah meninggikan darjat disisiNya. ameen*  Allahu Rabbi, setelah menerima berita itu, saya di skudai terus bergegas pulang seorang diri dalam keadaan yang baru mula muntah2 & mual. ketika itu, saya berserah dan meletakkan pengharapan yang tinggi pada Allah untuk melindungi diri dan kandungan.  *diawal kehamilan, tidak digalakkan untuk berjalan jauh,kerana ingin mengurangkan risiko keguguran.*

3 bulan pertama, Alhamdulillah Allah banyak permudahkan urusan  walaupun duduk berjauhan dengan suami dan keluarga. *hikmahnya, Allah nak kita bergantung hanya pada Allah, bukan pada MakhlukNya.* Saya tidak menghadapi masalah morning sickness. Allah hadirkan teman-teman yang sangat prihatin untuk menjaga dan menemani saya, terutamanya Nabihah Othman, kawan dunia akhirat *inshaallah* yang sentiasa sabar menemani saya setiap kali ada check up di klinik. *Alhamdulillah Allah kirimkan org yg baik2 untuk berada bersama saya.*  first trimester berlalu dgn  begitu mudah,

Ketika kandungan berusia 5 bulan, saya mengambil keputusan untuk duduk bersama suami di kelantan. Amat menyedihkan sebenarnya, bila kita pregnant dan berjauhan dengan suami,suami tidak dapat merasai moment perkembangan bayi dari semasa ke semasa. *kerenah saya ketika hamil, mudah tersentuh dan selalu sedih bila berjauhan dari suami. Hihi*  ketika waktu ini, saya dalam proses menyiapkan draft thesis untuk master saya.

Ketika kandungan mencecah 6 bulan, saya mula berhadapan dengan masalah sukar untuk tidur malam. sebabnya, baby akan mula berdentam dentum dalam rahim start jam 12 malam. hehe. time kita baru nak tidur je, bermulalah aktiviti baby. *tanpa pernah miss walau satu hari pun* baby akan mula bekerja jam 12 malam. kebiasaannya saya akan tidur jam 2,3 pagi. maka, jadilah saya seorang yang bermata panda @_@. time tu, susah sangat nak menulis thesis sebab siangnya selalu menggantikan waktu tidur yang kurang waktu malam. *Hehe*. tambah lagi, waktu siang, baby suka mengeras dan menyebabkan sakit sangat perut dan hanya mampu baring je. *Allah dah train siap2 supaya rasa biasa dengan sakit nak bersalin*yang kesiannya pada encik suami lah. bila kita tak boleh tidur malam, dia pun akan berjaga juga untuk temankan kita, tapi bila paginya, kita boleh sambung tidur, tapi dia kena pergi kerja. itulah pengorbanan seorang suami & bakal abi. ^_^

tarikh baby dijangka lahir adalah pada 06/09/12. dan dua minggu sebelum tu, adalah tarikh akhir untuk menghantar draft thesis. dan yang menarik sekali, ketika kandungan mencecah 34 minggu, draft thesis masih banyaaaaaaak lagi yang belum siap. al-maklumlah, rasa tidak selesa dan sakit untuk trimester kedua *alasan. hihi*.

ketika kandungan minggu 34 tula, dapat berita ramai sahibah yang bersalin. bersusun-susun berita sahibah bersalin. ada yang bersalin awal 2 minggu, ada yang awal sebulan. tengok gambar sahibah dapat baby, ada dua perasaan yang muncul. excited & nervous! tgk gambar baby2 sahibah, rasa excitednya nak tengok muka baby dan tak sabar sangat nk bersalin. tapi bila fikir, kalaulah Allah izin saya bersalin awal, draft thesis xsiap lagi, huuuuu, sangat nervous bila fikir mcm tu. rasa mcm sangat mendebarkan. semua orang pun asyik tanya, berapa percent dah thesis tu siap? * hihi, soalan itu sangat buat kita rase stress*

minggu ke 37, saya decide untuk duduk di utm selama seminggu untuk menyiapkan draft dan uruskan borang-borang yang perlu untuk penghantaran draft thesis. time tu,memang doa sangat2 moga Allah permudahkan urusan & susunkan yg terbaik. *pada minggu ke 37, bila-bila masa je boleh bersalin*. dan ketika itu draft thesis masih xsiap, Iya, masih banyak lagi yang belum siap *sangat banyak*.

dan ketika itu. Allah menguji saya. ketika allah menggerakkan hati untuk saja2 google maklumat yang saya selalu cari, allah izin, baru lah jumpa waktu tu.  selama ini saya cari, tak pernah ada. maklumat tu baru sahaja di publishkan, kira finding research yang baru sahaja ditemui. dan maklumat yang saya guna sebelum ni  jauh berbeza dengan maklumat yang terkini. *maklumat sebelum ini adalah prediction dari sebuah jurnal, tetapi maklumat terkini dapat melalui experiment* . disebabkan itu, saya perlu perbetulkan semua result untuk research saya sepanjang 2 tahun stgh ini. ya… S.E.M.U.A. semua result yang saya dapat sepanjang 2 tahun stgh ini, saya perlu siapkan dalam masa 1 malam @_@ *memandangkan lagi 2 minggu sahaja untuk menghantar draft thesis*. Bayangkan keadaan ibu mengandung 37 minggu perlu membuatkan semua itu semula. saaaaaaaaaaaaaaaangat banyak benda nak buat, dengan kita nervous kalau bersalin pada bila-bila masa sahaja, hanya Allah yang tahu perasaan waktu tu macam mana. tapi…. Alhamdulillah, Allah bagi saya Sesuatu yang boleh membuatkan saya kuat nak hadapi tekanan ini… Allah kurniakan ketenangan dalam hati.  Alhamdulillah, Akhirnya Semuanya dapat disiapkan dalam tempoh 1 hari.

Kemudian, Allah uji sekali lagi.ketika hari esoknya saya ingin menghantar playgiarism report, *dengan chapter 4-results & discussion xbuat langsung, since semua result dah tukar 100%*, Allah izin,laptop sy tiba-tiba xboleh nk on. Alhamdulillah Allah gerakkan hati suami untuk pesan pada sy supaya save semua draft thesis & latest result master dlm dropbox. Fairuz pun dengan rela hati menawarkan laptopnya untuk saya siapkan chapter thesis yang perlu dibuat & di edit. Dengan bertungkus lumus dan bertunggang terbaliknya, akhirnya draft thesis Berjaya disiapkan, dan playgiarism report pun selamat dihantar. *Alhamdulillah*

Tetapi…. Tiba-tiba mendapat mesej dari supervisor. Sv nak check dl thesisnya, baru boleh print dan submit ke fakulti. Ketika ni, beberapa hari sebelum raya. Saya pun hantar ke draft kepada Sv chapter by chapter. Even di malam raya, raya pertama dan raya kedua pun, masih lagi mengedit thesis. Dan Alhamdulillah, akhirnya Berjaya di print dan selamat dihantar ke UTM. Masa berbaki dua minggu lagi sebelum tarikh due bersalin. Alhamdulillah, lega sangat. Dapatlah menunggu detik bersalin dengan tenang dan senang hati. Hihi.

Antara pengalaman sepanjang kehamilan, yang mewujudkan perasaan takjub dan merasa kehambaan kepada Allah, di setiap kali waktu solat, baby dalam kandungan akan turut bergerak-gerak sepanjang solat. Kalau saya risaukan baby selalu senyap je, saya akan perhatikan ketika solat.memang dia akan sentiasa bergerak2 setiap kali waktu solat @ mendengar al-quran. Inilah fitrah manusia, ketika di alam rahim, di alam roh, sentiasa mengagungkan Allah dan merasai kehambaan kepada Allah.

Inilah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan bersama. Moral of the story, Allah tidak pernah menjanjikan hidup kita akan sentiasa lancar tanpa ujian dan dugaan. Tetapi jika kita sentiasa bergantung & mengharap kepadaNya, inshaallah, Allah sentiasa ada membantu & permudahkan urusan. Allah Maha Baik, memberikan kita terlalu banyak nikmat. Jangan persoalkan apa yang allah beri pada kita, kerana nikmat Allah pada kita terlalu melimpah ruah. Tetapi tanyalah pada diri sendiri,

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (surah Ar-rahman)

Wallahu’alam

Single Post Navigation

7 thoughts on “Pengalaman sepanjang tempoh kehamilan

  1. Alhamdullilah…semoga Allah sentiasa merahmati kita sekeluarga…amiin…terima kasih sayang….

  2. seronok baca..banyak rupanya ujian2 akak dah alami, tengok muka cool n manis je.hehe

  3. Nurul on said:

    Salam .. terima kasih untuk perkongsian .. sy pun sedang menyiakan draft thesis dan mengandung dekat 7 bulan.. tapi sy selalu stress … risau betul pada baby tapi itula sperti awak katakan .. Allah bagi ujian untuk beri nikmat pada akhirnya ..

  4. go ummi go~ dah nk konvo pun. ni ummi sorang lagi tak siap keje :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: