Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Konvensyen Pembangunan Ummah


Tema:
“Bersama Menangani Permasalahan Ummah”

Tarikh:

22 – 24 Oktober 2010.

Tempat:

Auditorium Masjid Putra, Putrajaya

Anjuran:
Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi (HALUAN) Malaysia dengan kerjasama Masjid Putra, Putrajaya

Pengenalan:
Konvensyen merupakan wadah penting untuk memacu budaya ilmu selain perkongsian pengalaman melalui diskusi ilmiah dan bersistematik. Selain itu, konvensyen juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan penghubung antara NGO dengan pihak luar untuk bersama-sama berkongsi pandangan dan pendapat demi kemaslahatan masyarakat sejagat. Di samping itu, konvensyen juga merupakan wadah terbaik untuk mencipta peluang kepada ahli panel, NGO serta orang ramai mengemukakan idea-idea baharu serta pendapat ke arah pengukuhan organisasi-organisasi NGO. Konvensyen ini juga antara lainnya dapat menjadi medan interaksi dengan tokoh-tokoh dalam dan luar negara yang aktif memberi sumbangan dan khidmat kepada masyarakat di arus perdana mahupun global.

Objektif:
1. Mewujudkan suasana interaksi antara NGO dan masyarakat.
2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah.
3. Mengenalpasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isu-isu semasa ummah.

 

Dirasmikan oleh: Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 

Speaker:

  1. YABhg. Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid – Pengerusi, Permodalan Nasional Berhad.
  2. Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr Sidek Baba – Professor of Education, Institute of Education (INSTED), (IIUM).
  3. Y. Bhg. Dr Kamal Helbawi –Chair of the Centre for the Study of Terrorism, Advisor at the Global Civilizations Study Centre, London.
  4. Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim –Pengerusi QSR Brands Bhd.
  5. Y. Bhg. Datuk Nik Mustapha Bin Hj Nik Hassan –Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
  6. Y. Bhg. Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman –  Presiden HALUAN Malaysia.

Penyertaan:
Penyertaan ke Konvensyen Pembangunan Ummah terbuka kepada ahli-ahli HALUAN, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan serta orang ramai seramai 250 orang.

Bidang:
Ekonomi | Pendidikan | Sosial | Dakwah | Isu-Isu Semasa

Yuran Penyertaan:
RM 250.00 (Dewasa)
RM 100.00 (Pelajar)

Hubungi:
Dr. Hj. Azizan Ahmad | +6014 327 1290
Prof. Madya Dr. Hjh. Wan Muhaizan | +6019 262 8007

 

Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://konvensyen.haluan.org.my/

 

Single Post Navigation

10 thoughts on “Konvensyen Pembangunan Ummah

  1. pergi jom, macam best. tapi tarikh tutup da..boleh tak daftar lagi??

  2. ada, makcik bibah. dia ada ank baya kita. aku pernah duduk sekali kat sana. cumanya kau segan sbb makcik~ nnt try contact k.tasnim. k.syad x dapat ikut. dia nk pindah umah. asma tak bgtau. rasanya dia cuti dah waktu tu. kira aku, ko n manje la? so, cane nak daftar ni?

    • xpasti pulak nak daftar macam mana. kat situ ada ditulis utk isi borang. kena bank in kan duit rm100 kat akaun bimb, and poskan borang kot. DS xpegi ke? tnya procedure kt mc2 ke?

  3. salam ‘alaik

    k.shah p k konvesyen nih?
    kalo k.shah p,
    maknanya masa saya konvo k.shah xde kt utm la ek~
    ni syahdu nih..

    • haah, sy sgt perasan hari konvensyen ni sama dgn konvokesyen kamu…
      Saya dh syahdu dah nih!!
      Asmaa’, sy dah latih cikonah dgn bala tentera dia dah beratur kt depan pintu UTM. mcm mana nih?
      huhu…
      Sy selalu rindu kt awak, selalu teringat kat awak. Sebab dah lame xgaduh ke? hehehe…
      Syg kamu sentiasa asmaa’, kerana Allah🙂

      • uwaaaa~
        ni nk nangis nih..
        ntah ble la saya blh bkenalan dgn cikonah n the gang
        ntah bla la saya blh gaduh2 dgn k.shah lagi~
        sayang n rndu k.shah jgak^^
        moga2 segalanya kerana Allah, insya Allah =)

      • tula, cikonah pun nk berkenalan dgn aunty asmaa’. hehe..
        insha allah, ada jodoh bertemulah kita… hihi..
        mana tau nanti awak mai utm ka. ^^
        Andai kata saya xdapat pergi konvensyen ni, bulehka kita jumpa ye…. Insha allah, Allah membuat perancangan yg terbaik untuk hambaNya🙂
        take care ye budak nakal😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: