Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Jauhi maksiat


…. yang menyebabkan kaum Muslimin itu menang hanyalah kerana maksiat musuh-musuh mereka. Jika tidak kerana faktor itu, kita tidak memiliki kekuatan untuk menghadapi musuh. Sebabnya kekuatan kita tidak seperti persiapan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam hal maksiat, sudah pasti mereka memiliki kelebihan di sudut kekuatan. Jika kita tidak mampu menang dengan kelebihan kita (ketaqwaan) sudah pasti kita tidak dapat menewaskan mereka dengan kekuatan kita. – Umar Al-Khattab

Subhanallah, peringatan yang sangat menarik dan bermakna. Betapa pentingnya untuk kita mengikis karat-karat jahiliyyah, dan bergerak mendekati Allah. Melakukan perkara kebaikan DAN tinggalkan segala larangan Allah.  Perlu diingatkan bahawa, kedua perkara ini haruslah berjalan serentak, kita berusaha untuk melakukan kebaikan dan dalam masa yang sama, buang segala karat-karat jahiliyyah dalam hati.

Teringat pada penyampaian bro Noorazman, perkara pertama untuk memulakan dakwah ialah kosongkan hati dari perkara yang merosakkan hubungan dengan Allah. Jauhi segala perkara yang Allah tidak suka. Adalah penting untuk kita ambil perhatian bahawa, peningkatan dalam tarbiyyah bukanlah terletak pada peningkatan amalan, tetapi apabila kita boleh membuang segala karat-karat jahiliyyah yang bersarang dalam hati. Buang segala perkara yang menghalangkan kita mendekati Allah, kikis segala karat-karat itu, bersihkan hati. Rasulullah mengajak umatnya kepada islam & mengajak meninggalkan jahiliyyah.  Kita bukanlah mujahid jika tidak dapat mengawal hawa nafsu.

Sedikit perkongsian dari buku “Inilah Islam” tulisan Sayyid Qutb. Di dalam buku ini menerangkan tentang islam ini merupakan agama fitrah, di mana Islam ini terlaksana di dalam kehidupan kita melalui usaha manusia sendiri, menurut kemampuan manusia dan realiti hidup manusia.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (Al-Ankabut:69)

Dan jiwa dan Yang menyempurnakan (kejadiannya). Maka Allah ilhamkan kepada jiwa (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang membersihkan jiwa. Dan sesungguhnya rugilah orang-orang yang mengotorkannya (As-syams:7-10)

Allah mahukan kejayaan ini dicapai berdasarkan usaha dan tenaga yang dikeluarkan oleh hambaNya, sejauh mana kesabaran memikul bebanan dalam melaksanakan tanggungjawab yang mereka yakini ini.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benar iman, dan nyata pula apa yang diketahui tentang orang yang berdusta. (al-Ankabut:2-3)

Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w ini tidak terlaksana di muka bumi semata-mata ianya diturunkan oleh Allah. ia juga tidak terlaksana melalui penyampaian dan penjelasan semata-mata. Ia hanya dapat dilaksanakan jika ianya dipikul oleh sekumpulan manusia yang benar-benar mengimani kebenaran islam, sentiasa beristiqamah dan menurut kemampuan mereka dan berusaha menerapkannya di dalam hati dan kehidupan. Mereka akan mengorbankan segala-galanya demi merealisasikan matlamat ini. mereka akan melawan kelemahan dan keinginan hawa nafsu yang sudah sebati di dalam jiwa manusia.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (ar-ra’d:11)

Iman yang sebenar tidak akan dapat diterapkan sepenuhnya di dalam hati melainkan setelah hati ini bermujahadah melawan perkara yang Allah tidak redha. Allah mengajar kita melalui ujian dan cubaan untuk melihat segala perkara yang tersembunyi di hati. Proses tapisan iman itu sentiasa berlaku, dan proses penyaringan ini hanya boleh dilakukan melalui beberapa siri ujian dan proses yang sukar, iaitu setelah melalui pahit maung penderitaan.

Bantuan Allah akan tiba setelah kita berusaha semaksimum mungkin.  Berusaha yang terbaik yang kita mampu, doa pada Allah dengan penuh rasa kehambaan. Bertawakkal kepada Allah.  Moga Allah memberikan sesuatu perkara yang terbaik untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Sudahkah kita bermujahadah meninggalkan segala jenis maksiat & jahiliyyah?

bergerak menjadi hambaNya yang bertakwa. Sudahkah anda memulakan langkah pertama?

Dah tempah rumah di syurga belum? kalau takde tempat kat syurga, tempat lagi satu lah nampaknya. Na’uzubillah.

Pengakhiran kehidupan kita hanyalah dua. Syurga atau neraka. Pilihan terletak di tangan Anda!


Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: