Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Keadaan di Palestin (dari 2005 hingga ke 2010)


Maklumat ini disampaikan oleh Tuan Haji Noorazman, iaitu pengerusi HaluanPalestin yang menceritakan pengalamannya sendiri yang telah sampai ke GAZA semasa misi LIFELINE 3.  Temuramah ini dibuat oleh pihak IKIM.FM pada 4 mei 2010… Kalau nak dengar sendiri pengalaman insan2 yang telah sampai dan melihat sendiri keadaan saudara kita di sana, sila download rakaman temubual itu di sini:

http://www.mediafire.com/?sharekey=d996716e2e0afcd5d956df2962098fcb48aa6689c46fc5e464328c9cace34742

Sedikit perkongsian dari temubual ini ( kalau boleh, dengar sendiri, baru boleh kita lebih memahami dan merasai keadaan di sana🙂 )

perkembangan di GAZA:

2005: GAZA telah disekat oleh tembok oleh ISRAEL..

2006: rakyat GAZA tidak mengiktiraf ISRAEL. tembok itu digunakan untuk menghalang segala bentuk bantuan untuk masuk ke GAZA. Sedikit demi sedikit kesusahan datang. kemudahan Elektrik dan air tiada.

2008: akhir 2008, GAZA diserang. sehingga kini, 1.5 juta penduduk gaza menjalani kehidupan dalam keadaan penuh dengan kesempitan.

Awal 2010: Konvoi bersama viva palestina. (LIFELINE 3)

setiap hari, sekurang-kurangnya seorang anak palestin akan meninggal. Bukan kerana sakit yang kronik, tetapi kekurangan bekalan ubat dan rawatan yang sempurna. Ubat-ubatan didapati melalui jalan terowong yang sempit. Kerajaan mesir mempunyai hubungan yang rapat dengan Israel, dan mereka mengutamakan arahan Israel. Pintu sempadan Mesir-Palestin di Rafah. Tembok kematian yang dibina sepanjang 850km (mengelilingi sepanjang Gaza). Di sepanjang tembok itu, hanya ada 7 buat pintu, dimana 6 pintu dikuasai oleh ISRAEL manakala satu pintu di Rafah, mesir. Mesir pula, hanya akan membuka pintu itu hanya untuk tujuan2 bisnes2 yang ada kepentingan orang-orang tertentu sahaja. Pintu-pintu  itu bukan digunakan untuk menghantar bantuan. (* kejamnye.. hukhuk)…

LIFELINE 4 GAZA: Mereka merancang konvoi yang ke 4, berusaha untuk membawa kapal kargo dan penumpang. mereka akan hantar bantuan untuk mereka supaya mereka di GAZA membina hospital, sekolah dan kemudahan yang lain.

***Untuk mendengar lebih detail (banyak lagi yang diceritakan) , sila download ye… hihi :)….

Apa2 pun, semoga ALLAH membantu dan permudahkan misi ini, semoga bantuan ini selamat sampai ke sana, dan dapat mengurangkan sedikit sebanyak kesusahan yang ditanggung oleh umat islam di Palestin…  Kita di sini, perlu doa, doa dan doakan mereka di sana… Moga kita juga mempunyai semangat dan kuat dan tabah seperti umat islam di Palestin…. Umat islam perlu bersatu….!!!

Single Post Navigation

2 thoughts on “Keadaan di Palestin (dari 2005 hingga ke 2010)

  1. woohoo~~~sangat laju n cepat kamu update.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: