Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

santai sebentar


***Mode mengantuk***

Dah 4 hari mata kanan ni sentiasa terkelip-kelip… Dari hari Sabtu yang lepas… Setiap masa dia macam tu, kecuali waktu tidur je tak (tu pun sbb tak perasan.. hihi)

hari sabtu yang lalu, saya, Khatijah dan Fazirah telah ke Kipmart. tujuannya untuk mengutip dana untuk misi LIFELINE 4 GAZA.. saya bertanya pada khatijah dan Fazirah:

Shah: kenapa mata asik berkelip  ni ha?

Fazirah:  Ooo, nak dapat duit kot…

Shah: hah??

Aik? Bukan selalu orang kata, tapak tangan gatal-gatal barulah duit nak masuk. Mungkin masa tu kami memang sangat mengharapkan mendapat duit yang banyak kot.. tapi yang tak tahannya, Fazirah boleh cakap macam tu dgn muka confidentnya. haha.

Kemudian petang tadi, saya mengadu kat nabihah:

Shah: Bihah, mata kanan orang asik berkelip je dari sabtu hari tu….

Bihah: ooo, ade orang rindu kot…

Shah: ha?  la, apsal lak nak rindu2? Masuk meminang jela~ hihihi

Bihah: ooo, mak shah kot yang rindu~~

Shah: Erk? *Speechless..*

haha, bihah ni, kacau betullah, baru nak main2, dah bagi jawapan yang buat orang terkedu😀

Ohh, dengan mata yang terkelip2 ni, saya perlulah menyiapkan progress master secepat mungkin, Kalau boleh nak hantar pada supervisor esok. Nanti hari Khamis dan Jumaat, bolehlah menghilangkan diri dari Lab dengan senang hatinya. hihi😀

Mohon doakan urusan kami pada hari Khamis dan Jumaat ini dimudahkan.. Insha allah..Selamat bekerja!!!

ok, mengantuk sudah hilang, teruskan membuat progress Shah Aznie… Moga allah permudahkan🙂

Single Post Navigation

6 thoughts on “santai sebentar

  1. go go go kak syah!

  2. saya on said:

    ibu ni keje nye asyik melarikan diri jer…

    • hihi.. relaxla raidah, sy g melarikan diri nk kutip dana utk palestin je. bukan nk g berjalan2 pun… hari khamis & jumaat ni nk cr duit lg, sbb hr sabtu nk g shah alam dh.. Dana yg diperlukan masih banyak lagi, tu yg kena melarikan diri dari lab. Doakan Allah mudahkan urusan kami ye🙂. moga usaha yg kecil ni diterima Allah sebagai ibadah.. ameen..

  3. oh~~ tidak, malu deh. saya juga mengantuk sekarang. asal nak mula buat literature review mesti mengantuk. huhu..

    p/s: hari ni aku tido rumah orang n mengigau cakap “udara!!!” sambil angkat tangan kanan. chet =p. apakah tandanya? ada orang nak pinang aku ke??

    • oh,,, sgt biasa kalau mengantuk bila nk buat keje.. hihi.. kene lawan jgkla, kang xjadi keje plak… adehh…

      p/s: ooo, rasanya itu cuma keterujaan anda utk naik flight balik ke klang (walaupun xde flight ke klang… hihihi). xde kaitan dgn hal2 lain tu~~ haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: