Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Buku: Di mana DIA di Hatiku..


Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu, saya sempat menyinggah ke BADAN, Angsana untuk mencari beberapa buahbuku. Sangat excited sebab dapat melihat banyak buku dan rambang mata untuk memilih nak beli yang mana. hihi. Alhamdulillah, akhirnya saya membeli 3 buah buku yang sangat menarik.🙂. 3 buku itu adalah:

Umar Abdul Aziz

Rahasia Kematian, Alam akhirat & kiamat

Di mana DIA Di hatiku?

Dah lama saya mencari buku ustaz pahrol, tajuknya Di mana DIA di hatiku, akhirnya Allah izinkan saya jumpa buku ni di BADAN. buku ni tersangatlah berbaloi untuk dibeli kerana  harganya sangat murah (rm15.00) + isinya tersangatlah best.🙂. Bila baca tajuknya sahaja sudah cukup untuk menyentuh hati saya.. mari saya kongsikan tajuk-tajuk yang ada dalam buku ini:

Secara keseluruhannya, terdapat 50 tajuk-tajuk kecil yang ada di dalam buku ini. Dan tajuk-tajuk kecil diklasifikasikan kepada 5 tajuk utama. Saya kongsikan 5 tajuk yang utama sahaja ya. kalau nak tahu lebih detail kesemua tajuk dalam buku ni, silalah beli🙂

1: Mujahadah itu Pahit kerana Syurga itu Manis…

2: Perkahwinan…. Antara Cinta dan Tanggungjawab

3: Kata-kata Lahir dari Hati Akan Jatuh ke Hati…

4: Berhati-hati Menjaga Hati Itu….

5: Indahnya Bila DIA di Hatiku…

Semoga ilmu yang saya dapat dari buku ini dimanfaatkan sepenuhnya dan membantu meningkatkan keimanan dalam diri ini. Moga saya dapat benar-benar meletakkan Allah sepenuhnya dihati ini, dan saya benar-benar mampu bermujahadah untuk menolak sesuatu perkara yang membuatkan saya jauh dariNya, dan saya benar2 mampu bermujahadah untuk mengatakan TIDAK untuk perkara yang dilarang oleh Allah..

p/s: saya sangat-sangat tersentuh dengan ayat ini….

Mujahadah Itu Pahit kerana Syurga Itu Manis…

Selamat bermujahadah dan persiapkan diri untuk menelan kepahitan hidup… dan selamat bermujahadah untuk membaca buku🙂

written by:

Single Post Navigation

2 thoughts on “Buku: Di mana DIA di Hatiku..

  1. Salam…..
    Dah lama saya mencari-cari buku ‘Dimana Dia dihatiku’.
    Rupa-rupanya dah sampai di angsana.
    Thanks for the info. ..🙂
    harap-harap masih ada lagi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: