Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Amanat syeikh Ahmad Yasin


Syeikh Ahmad Yasin yang begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa Arab telah berkata: “Tidakkah kamu semua lihat, wahai bangsa Arab, Sudah sampai ke tahap mana keadaan ini?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah, tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati (lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku (yang perlahan ini).

Aku tidak mampu kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan (kerusi roda) ku. Aku, sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku, yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu, wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan pun yang bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu pun kumpulan (daripada kalangan kalian) yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengisytiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami dari golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas. Tidak adakah yang mahu bangkit menentang musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara-negara umat islam membiarkan penjenayah zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat airmata kami dan meringankan bebanan kami.

Adakah pertubuhan umat ini, pasukan tenteranya, parti-partinya, badan-badannya dan tokoh-tokohnya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai-ramai sambil melaungkan:

Ya Allah, perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka, kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa untuk kami? Sekektika nanti kalian akan mendengar peperangan besar ke atas kami dan ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati dalam keadaan melarikan diri. Akan mati bersama-sama kami anak-anak kami, wanita-wanita, orang-orang tua dan pemuda-pemuda.

Kami jadikan dikalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan! Janganlah kalian menanti sehingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana ketahuilah bahawa kami tetap akan mati walaupun kami berbuat demikian (menyerah). Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai mujahidin dan syuhada’.

Jika kalian mahu, marilah bersama-sama kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul di bahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akanmenghukum sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Pesan dari Rabitah Ulama Palestin..”Membebaskan masjid al-Aqsa adalah Fadhu Ain kepada seluruh umat Islam sedunia!!!

Kami juga berharap kepada kalian supaya janganlah menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin-pemimpin umat ini, wahai bangsa umat ini.”

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu… kami mengadu kepadaMu, lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah dan Engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa Engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, darah-darah yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak-kanak yang diyatimkan, wanita-wanita yang dijandakan, ibu-ibu yang kehilangan anak, rumah-rumah yang diruntuhkan, tanaman-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu, berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai-bagainya haluan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh-musuh kami…

***********************************

Amanat ini saya baca dalam buku “Gerakan Freemasonry, Musuh dalam menghancurkan ISLAM”.  Jika anda benar-benar mahu mengenali siapakah musuh ISLAM, boleh cuba dapatkan buku ini. Kita memang perlu mempunyai ilmu tentang siapa kita, supaya kita tidak terjebak dan menyokong mereka tanpa sedar.

Jujurnya, saya termenung panjang dan melihat kembali pada diri saya. Perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan. membuat perbandingan antara keadaan saya dan masyarakat Malaysia dengan umat di Palestin. Sangat jauh bezanya.  Remaja di sana, begitu hebat berjihad menegakkan deen, tapi sayangnya remaja di Malaysia, untuk benar-benar memahami konsep jihad menuntut ilmu pun payah. Saya melihat diri saya sendiri, benarkah saya benar-benar memahami dan merasai jihad menuntut ilmu itu dengan sebenar-benar rasa? hidup di sini terlalu lalai dengan keseronokan, terlalu lemah dengan pujukan nafsu, tak mampu nak lawan godaan syaitan, astagfirullah, lemahnya kita di sini.

Fazirah pernah cerita pada saya tentang perbezaan dialog antara umat Islam di Palestin dan di Malaysia. Umat islam di malaysia ni, bila kita bercakap tentang akhirat, kita akan bercakap macam ni:

kita nanti, akan masuk ke syurga atau neraka?

tapi umat Islam di Palestin, mereka berkata seperti ini:

nanti bila di syurga, nak masuk syurga yang mana? Syurga di tingkat yang mana? mahu berjumpa dengan siapa di syurga nanti?

Subhanallah…

Sabtu yang lalu, saya ke Plaza Angsana untuk membantu  mengumpul dana Palestin untuk Lifeline 4 Gaza.  ****untuk keterangan lanjut tentang bantuan ke Palestin pada 15 mei ini, anda boleh layari laman webnya. Di website tu, menceritakan dengan detail tentang usaha membantu saudara kita di Palestin. ***** ok, semasa di Angsana, boleh kata kita dapat melihat reaksi pelbagai lapisan masyarakat bila bercakap tentang palestin. memang menarik. Tujuan kami di sana adalah untuk mengumpulkan dana untuk palestin, di samping itu, menyebarkan maklumat dan menerangkan tentang keadaan Palestin kini. Kami memberi artikel tentang palestin dan menerangkan secara ringkas tentang misi ini.  Peristiwa yang paling menyentuh hati saya semasa berada di Angsana ialah apabila seorang budak kecil, umur dalam lingkungan 7 atau 8 tahun, datang mendekati saya dan bertanya, ” kak, boleh tak saya nak derma untuk palestin?” semestinya saya mengalu-alukan, saya kata pada adik ini, dia boleh menderma berapa sahaja seikhlas hati. Adik tu bertanya balik, “kak, boleh tak kalau saya menderma duit syiling? oh,,, sgt sweet..🙂.. Saya sangat tersentuh ketika itu, si kecil yang tidak mempunyai banyak wang, tapi mempunyai kesedaran untuk membantu umat di Palestin. Subhanallah, sucinya hati adik itu.. dan akhirnya, adik itu mengeluarkan semua duit syiling di poketnya dan memasukkan kedalam tabung…🙂. Yang paling penting bagi saya adalah kesedaran kita untuk membantu, tak kira sikit atau banyak, tapi keikhlasan kita membantu itulah yang Allah pandang.

Moga-moga, umat islam di Malaysia bersama-sama mempunyai kesedaran dan bersatu untuk membantu saudara kita di sana. * pesanan untuk diri sendiri terutamanya*. Allah tidak memerlukan kita untuk memenangkan Baitul Maqdis,  kerana Allah Maha Berkuasa dan mampu melakukan apa saja, tetapi Allah menguji keimanan dan keikhlasan kita untuk membantu agamaNya. Ikhlaskan niat dan berusahalah semampu yang mungkin untuk membantu. Moga Allah redha.. ameen…

dermalah, walau sedikit, tetapi ikhlas kerana Allah, Jika berhajat untuk membantu, bantuan boleh dihulurkan di akaun di bawah:

Tabung Palestin HALUAN
Maybank 5-644-902-085-28

untuk mengetahui perkembangan terkini lifeline 4 gaza di facebook, sila tekan di sini.

Ayuh bertindak membantu Palestin kerana ALLAH!!!🙂

Single Post Navigation

6 thoughts on “Amanat syeikh Ahmad Yasin

  1. Alhamdulillah, puas dan bersyukur, walaupun tak dapat pergi berperang sebab tak cukup hafal 30 juzuk, Allah izinkan kita untuk jadi sebahagian daripada mereka yang berhajat dengan pembebasan Palestin. Alhamdulillah, terlalu ramai yang baik hatinya untuk derma ikhlas untuk palestin. Semoga semangat dan kecintaan untuk palestin yang disandarkan pada Allah tak luntur.

    p/s: hari ni kami buat overtime sampai jam 8.30 malam. Jam 5-7malam pergi Angsana, 7.30-8.30 sambung Kipmart.esok beroperasi lagi =) insya Allah. Jom ajak yang lain.

    • semoga usaha kita yg kecil ni, diterima Allah sebagai ibadah.. teringin nk jadi macam burung kecil yg cuba memadamkan api yang membakar nabi Ibrahim… walaupun burung tu kecil je, dan dia berusaha memadam api yang marak menjulang dengan menggunakan paruh, banyak mana je pun air yang dapat diberikan, tapi burung kecil tu tetap berusaha gigih, kerana yang penting padanya, Allah tahu, dia dah berusaha yang terbaik untuk membantu. niat yang ikhlas tu yang dipandang oleh Allah. Mungkin kita tak mampu nak angkat senjata menentang musuh islam, tapi insha allah, kita masih berbuat sesuatu!!!

      p/s: wah, bestnye ke sana ke mari… esk kita nk kemana pula? hihi… Esok rasa mcm nak stay lama je kt kipmart… Ke cik besi mempunyai urusan lain.. kita stay sampai selesai nak? tak pun balik sblm malam, sbb xmahir bawak kete waktu malam… ngeee😀

  2. oh..sudah tentu..kita sudah ada tabung yang lebih ekslusif dan besar. tambahan pula saya ada 3 keping kadbod yang besar yang boleh dibuat sepanduk.

  3. malangye~~kadbod yang besar2 terkurung dibilik kawan. dia balik kampung diam2..jadi aku bawa white board n kertas A4

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: