Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

berhati-hati dengan kata-katamu


Lidah memainkan peranan untuk mengucapkan sesuatu perkataan. Tetapi apabila ianya disalahgunakan untuk mengatakan sesuatu, ianya mendatangkan keburukan sama ada kepada yang mengucapkannya atau yan mendengarnya. Sebelum berkata-kata, fikirlah terlebih dahulu supaya kata-kata itu tidak mendatangkan kebencian kepada insan yang mendengarnya. Kata-kata yang tidak berfaedah menjadi pintu utama syaitan untuk menghasut manusia. Oleh itu, berkatalah mengenai perkara yang berfaedah. Sekiranya tidak berfaedah, sebaik-baiknya jangan diucapkan. Berdiam diri adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan salah faham.

Mengikut sejarah, banyak peperangan yang berlaku berpunca daripada kata-kata yang keterlaluan. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Muaz,

Banyak manusia yang diseksa di neraka disebabkan kerana perbuatan lisannya.

(riwayat Tirmizi dan Ibn Majah)

Dalam hadith yang lain, riwayat Tirmizi, dilaporkan seorang daripada kaum Ansar meninggal dunia, kemudian sebahagian sahabat berkata mengenainya, ” beruntunglah dia”.  Rasulullah s.a.w. berkata,  “Siapa tahu dia berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaat atau liat mengeluarkan harta yang tidak berkurang.”

Para ahli agama selalu mengingatkan kita supaya menjaga lidah dan hati. Apabila lidah dapat dikawal supaya menurutkan perkataan yang baik dan hati sentiasa dikawal supaya tidak mudah dihasut syaitan, sudah tentu hidup kita aman tenteram….

*bahan rujukan: Bahagiakan Hatimu.. Tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah..

******

Perkongsian untuk manfaat bersama…….

oh,,, berhati-hatilah shah aznie,,,

Kawal hati dan lidahmu,,,

Kita tak tahu berapa banyaknya dosa kita akibat tidak mengawal perkataan yang keluar dari mulut ni,,,

Muhasabah dan perbaiki diri,,,

Mulai detik ini, perlu berhati-hati dengan kata-kata,,,

Supaya tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah….

Mohon keampunan dariNya atas dosa-dosa lidah dan hati…

Peringatan terutamanya untuk…..

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: