Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Celoteh kucing ;)


Jam dah nak dekat pukul 2.00 pagi, terasa tersangatlah letih dan mengantuk, tapi kepala masih risaukan perkara-perkara lain. untuk menghilangkan keresahan hati ni adalah bercerita tentang kucing.😉. Sedikit gambar yang menceritakan si kenit cilik.😉

Stok makanan kat gambar atas ni hanya mampu bertahan untuk 3@4 hari je. hoho. lepas tu kena beli lain sebab nanti kucing-kucing tu akan kelaparan. Kalau tengok makanan yg banyak tu, mesti anda tidak percaya siapa yang menjadi penghabis stok makanan ini. jom tengok “buaya kecik”. hihi…

Ni ” buaya” 1. hihi.  Diorang ni berempat. Saiznya kecik-kecik je, tapi makannya, tersangatlah banyak. Awalnya, mereka ni kucing liar, tapi sekarang dh berubah menjadi jinak dan tersangatlah manja.🙂. yang kat atas ni “perempuan”. kalau nak di describekan sifatnya, dia ni macam tomboyla. sebab dia ni sangatlah ganas dan paling susah nak dijinakkan. masa awal2 dulu, dia sanggup tinggalkan makanan kalau ada yang cuba nak pegang dia. tapi sekarang dah okey dah.🙂

yang kedua ni, hero comel yang sangat nakal. gambar kat atas ni, die tengah geram nak tangkap lalat. hoho.

yang ni pulak, hero yang pemalu.😉

ha, yang ni pulak heroin yang paling manja. tersangatlah manja.  Dia suka buat perkara yang lain dari adik beradik yang lain. kalau adik beradik dia main, dia nak tido. kalau diorg tido, dia nak main. sedikit pelik. hihi.

mereka ni, jadi survivor sikit. life mereka di luar, saya cuma tolong bagi makan dan jenguk mereka sebelum pergi & balik Lab je. kadang-kadang malam pun tengok mereka kejap. mereka ni, liar dengan orang lain, tapi jinak dengan orang yang beri dia makan. cara mereka mengenal + mengecam saya ialah dengan bunyi kunci. kadang-kadang diorang ni suka merayap + tido merata-rata. jadi kalau saya bunyikan kunci bilik saya, mereka akan datang dari pelbagai arah. ha, itu yang buatkan mereka ni special🙂.

mereka yang bebas bermain😉

kucing survivor yang sedikit comot. hihi:)

kucing pun, ade ragam & kerenah yang macam2. kalau manusia, apatah lagi. hihi.. kucing2 kenit yang comel,Moga Allah berikan yang terbaik untuk kalian…🙂

Single Post Navigation

6 thoughts on “Celoteh kucing ;)

  1. huhu~~da bg nama belum kucing2 tu?

  2. salam ‘alaik..

    ha8..best la bc cte awak psl kucim ni..awak btl2 sygkn mreka ye…moga Allah kira smua tu sbagai ibadah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: