Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Lakukan sesuatu untuk Palestin!!!


Apabila saya membaca ayat di atas:

“Satu rial (ringgit) untuk produk US, sama dengan sebutir peluru untuk tubuh saudaramu di Palestin”

terlintas satu sahaja di fikiran saya,

berapa banyak peluru yang telah saya hantar untuk saudara seakidah saya di sana, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. Astaghfirullah. moga Allah ampunkan kesilapan2 yang lalu. Moga Allah ampunkan dosa saya yang lalai dalam membantu saudara sendiri di sana…..

hari sabtu yang lalu, saya ke library. Dalam perjalanan balik tu, saya nampak ada sesuatu di atas jalan raya, di laluan yang bertentang dengan laluan saya. Saya cukup berdebar kalau nampak ada benda di atas jalan raya.  mengharapkan biarlah sampah atau objek di situ. jangan saya nampak makhluk Allah terbaring di jalan raya. Allah izin, rupanya seekor burung telah dilanggar oleh kenderaan. Allah, sedih sungguh tengok keadaan tu. Seekor burung telah mati dilanggar, ditepinya terdapat seekor burung lagi yang masih hidup, resah di situ. barangkali dia cuba untuk membantu saudaranya yang dilanggar tadi. oh, burung pun sangat menghargai nyawa saudaranya. muhasabah diri sendiri balik. apa yang kita buat bila kita nampak saudara kita sendiri dibunuh, dizalimi secara terang-terangan? Seperti ini:

Burung yang tidak mempunyai akal pun mempunyai naluri dan kasih sayang untuk membantu saudaranya. Kita? adakah lebih teruk dari haiwan jika hanya lihat dan tidak berbuat apa2? Sungguh! saya terasa malu dengan Allah. Bagaimanalah agaknya saya hendak menghadap Allah bila sampai masanya nanti, kalau saya diam tidak berbuat apa2. munkin kita tidak sekuat umat di palestin, untuk berjihad mengangkat senjata menetang israel. tapi kita juga mampu lakukan sesuatu untuk mereka. Sungguh! kita pasti mampu! berikhtiarlah!! Kita mampu untuk tidak menghantar peluru kepada saudara kita di sana (dengan memboikot barangan israel dan US), kita mampu untuk menderma, memberi bantuan kepada mereka. walau sedikit pun derma itu, tak pe. Allah tak pandang berapa banyak yang kita bagi, tapi Allah nak tengok keikhlasan dan kesungguhan kita untuk membantu saudara kita di sana. Rasailah!! yang menderita di sana adalah saudara kita!! yang kita wajib membantu mereka ketika mereka susah dan menderita. Kita juga mampu untuk mendoakan mereka. Memohon moga Allah bantu mereka, berikan mereka kekuatan untuk berhadapan dengan israel. Moga Allah bantu mereka, moga Allah permudahkan urusan mereka. Moga Allah sentiasa melindungi dan memberikan yang terbaik untuk mereka.

Untuk kita di sini, bertindaklah sesuatu!!!  Supaya kita mampu berhadapan dengan Allah kelak. Allah tidak melihat natijahnya, tapi Allah melihat usaha-usaha kita untuk menghadapi masalah ini. Moga usaha yang kecil ini, dikira sebagai ibadah di sisi Allah. Ayuh bertindak!! dengan niat kerana ALLAh.

Single Post Navigation

2 thoughts on “Lakukan sesuatu untuk Palestin!!!

  1. Ya Allah..berilah kami kekuatan utk membantu sahabat2 kami di palentin. Kuatkanlah hati kami seperti mana Engkau kuatkan hati-hati mereka. Ameen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: