Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

perkahwinan capina ;)


Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan dan perkahwinan Nina.. Shafina (a.k.a B) telah selamat diijab kabulkan dengan syed munir pada hari sabtu yang lalu. Kendurinya pula diadakan pada hari ahad, 28hb Mac 2010. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Kepada syed munir a.k.a buner, Welcome to our family๐Ÿ˜‰.. bertambah lagi seorang abang ipar. Semoga ikatan pernikahan yang dibina sentiasa diredhai dan diberkati Allah. moga hubungan kalian bahagia dan berkekalan hingga ke syurga. ameen…

Terima kasih yang tak terhingga kepada abang ipar yang pertama, Nabil Fikri (a.k.a Abel). Rasanya dalam ramai2 orang yang sibuk tu, beliaulah yang paling sibuk & paling kurang rehat. tq sangat sebab sangat concern sepanjang majlis berlangsung. tq bro! hihi…

menurut kak fiza, jumlah gambar yang diambil dari hari jumaat (malam) hingga ke hari ahad (petang), hampir 10 000++ gambar. mak aih! banyaknya! tq sangat kepada nana & Dedy merangkap photographer dan juga pemintal bunga telur. hihi.. Nana dan Dedy merupakan student kak fiza di Cosmopoint. kedua2 mereka berasal dari Indonesia. Seronok sangat dapat kenal dengan lebih rapat dengan mereka. sebelum ni. kakak selalu sangat cerita pasal student-student dia. Baru sekarang dapat kenal dengan mereka. Mereka ni tersangatlah baik dan sopan sangat. seronok berbual dengan mereka ni.. Bila mereka pulang ke kampus mereka, kami di rumah jadi rindu pulak kat mereka ni๐Ÿ™‚.

Thank you so muchhhhh kepada Adibah (a.k.a Gemoks) sebab sudi datang ke kenduri tu.. rindu sangat nak jumpa beliau.. best sangat dpt borak2 dengan kamu Gemoks! thank you nasihatkan saya, insya allah, saya takkan sedih2 lagi sebab hal tu.. tq gemoks! semoga Allah permudahkan urusanmu untuk menyambung master ke oversea. kamu teman saya yg terbaik ok!๐Ÿ˜‰

Pagi tadi, kami semua pergi bersarapan bersama, kemudian menziarahi seorang pakcik yang kurang sihat. kemudian makan tengah hari bersama. dah lama rasanya kita tak duduk sekali ramai2. Itulah shah aznie, sape suruh belajar kat johor. eheh. ;p. Um, Dalam pukul 3 lebih tadi, kak fiza dan abel dah balik ke rumah mereka, sebab esok kakak dah start mengajar balik. oh, sedihnya…… dah lama duk sama2 tiba2 diorang takde, rasa lain pulak… jap lagi nina dan buner juga nak balik ke rumah mereka. oh,,, tinggal saya seorang je dirumah.. hidup kembali menjadi normal dan perlu memikirkan kerja yang bertimbun itu.. oh……..

oh, terlupa pulak. hari ni hari lahir nina. selamat hari lahir B. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. B, jadi isteri yang solehah ye. semoga hepi2 selalu.. jage diri baik2 ye, moga makin matang b.. hihi.. sori b, susah sangat aku nak terima hakikat yang dirimu adalah isteri orag sekarang. haha.. ops, sori b, tergelakkan pulak ;p. Ingat b, jadi yang solehah ye.๐Ÿ™‚. sayang kamu & capija yang teramat sangat! moga Allah berikan yang terbaik untuk kalian berdua. Kepada Abel dan Buner, jaga kakak2ku baik2 ye. moga Allah membalas segala kebaikanmu di akhirat๐Ÿ™‚

**** ok, masa untuk menyiapkan jurnal….๐Ÿ™‚

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: