Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

pembentukan baitul muslim @ baitud dakwah


Sedikit perkongsian dari seminar baitul muslim yang saya ikuti sabtu yang lalu……

Kita semua sedia maklum, setiap apa yang kita lakukan, adalah bertujuan untuk beribadah kepada Allah. begitu juga dengan pernikahan. pernikahan itu juga adalah merupakan satu ibadah, dalam rangka kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pembentukan Baitul Muslim, adalah benteng untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Saya rasa ramai yang mendengar ceramah hari tu terkesan dengan statement berikut (termasuklah diri sendiri):

“ We get married to increase our iman. Please do not sin!!.”

Benarlah apa yang dikatakan. tujuan kita berkahwin adalah untuk meningkatkan iman. Jika pernikahan itu dilaksanakan atas dasar dosa dan maksiat, dimanakah keberkatannya? Sesuatu ibadah yang didasari dengan dosa, Allah redhakah? Bagaimanakah keadaannya, perkahwinan yang dibina tanpa keredhaan Allah? Janganlah kita membina rumah tangga melalui jalan yang allah tak redha. Kita perlu ingat, syaitan akan bertungkus lumus untuk menggalakkan & menggoda kita berbuat dosa dalam membina baitul dakwah. urusan rumah tangga bukan perkara kecil yang boleh dipandang sebelah mata, kerana ianya adalah urusan syurga neraka.

Ustaz rosdi berpesan berkaitan Jodoh,
“ Kita, jangan cari, tetapi kita mintalah dengan ALLAH.”.

Ya, semua perkara, kita perlu minta pada Allah. Kalau kita yakin pada Allah, Allah akan berikan yang terbaik. Kita yakin, allah yang decide segala-galanya. janganlah kita kekal dalam dosa. Carilah cinta Allah. kita menyatakan yang cinta kita pada Allah,tapi sanggup membelakangkan Allah kerana seorang manusia. Cinta kita itu benar-benar kepada Allah @ pada makhluk? kuatkan iman, kerana dengan iman, kita dapat menyelesaikan masalah ini. cinta itu fitrah, tapi perlu dilihat atas landasan iman atau nafsu. Batasan syara’ perlu dijaga.

” Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan untuknya dengan sesuatu yang lebih baik darinya ” Al-Hadith

Sebelum melangkah ke alam perkahwinan, beberapa persediaan diri perlu dilakukan. antaranya:
1. Ilmu tentang islam.
2. Ilmu rumah tangga (tanggungjawab suami, isteri, mendidik isteri seperti yang allah mahu)
3. Ilmu tentang anak-anak.
4. tingkatkan iman.
5. tingkatkan kualiti solat.
6. Solat malam, baca al-quran (untuk menjernihkan hati)

Jadi, kembali perbetulkan niat dan perbaiki kesilapan kita andai tersalah langkah. Segala tindakan kita, kembali kepada matlamat asal kehidupan manusia di dunia ini, iaitu untuk mencari redha Allah. Biar kita melalui kesedihan dan kepahitan, asal redha Allah bersama kita. hayatilah hadith ini:

diriwayatkan bahawa Allah s.w.t telah berfirman kepada Nabi ‘Uzair:

“wahai ‘Uzair,

1. Jika engkau melakukan dosa kecil, maka janganlah melihat kecilnya dosa, tapi lihatlah kepada Dzat yang engkau derhakai.
2. Jika engkau memperoleh kebaikan sedikit, maka janganlah engkau melihat kecilnya kebaikan, tetapi lihatlah kepada Dzat yang telah memberikan rezeki itu kepadamu.
3. Jika engkau tertimpa musibah, maka janganlah engkau mengadukan Aku kepada makhluk-Ku, sebab Aku juga tidak pernah mengadukamu kepada para malaikat-Ku ketika engkau berbuat maksiat kepada-Ku”.

********************************************************************************

Lihatlah kepada siapa kita berbuat maksiat…….

********************************************************************************

Moga Allah menyusunkan jodoh yang terbaik untukmu,,,,
Seseorang yang terbaik untuk agamamu,,,,
Yang terbaik untuk duniamu dan akhiratmu,,,
Teman dakwah yang akan sentiasa menemanimu,,,
Seseorang yang membantumu meningkatkan keimanan kepada Allah,,,
Seseorang yang mengingatimu ketika dirimu lalai,,,
Seseorang yang memberi dorongan dan bersamamu ketika kesusahan..
Moga kamu, bertemu seseorang yang membimbingmu ke syurga ilahi……..

Sedikit persoalan (terutama kepada diri sendiri), Sanggupkah kamu mengeluarkan statement ini?
“aku tinggalkan dirimu kerana ingin taat kepada perintah Allah”
🙂
tepuk dada, tanya iman.
Moga Allah redha…..

Single Post Navigation

6 thoughts on “pembentukan baitul muslim @ baitud dakwah

  1. someone on said:

    Moga Allah meredhai perjuanganmu🙂

  2. ameen.. insha allah, moga Allah meredhai kamu juga🙂

  3. tumpang lalu….. 🙂

    macam ada bau nasi minyak je tak lama lagi?🙂

    alhamdulillah, Moga Allah berikan bakal suami yang soleh dan sentiasalah berusaha untuk menjadi yang solehah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: