Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

muhasabah diri tentang usia…


Alhamdulillah,,,

Syukur kepada Allah, sehingga ke hari ini, saya masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. hari ini  genap berusia 24 tahun… tua dah? hihi..  ya, semakin menghampiri mati. Setiap hari, detik demi detik kita mendekati ajal yang hanya Allah yang mengetahui bilakah masanya. bagus juga mengingati mati ni, boleh elakkan diri dari terlalu leka dengan keseronokan… semua orang yakin yang kita pasti  akan mati cuma semua pun tak tahu, bila agaknya masa tu sampai. tapi manusia selalu leka (termasuklah saya). ish… susah jugak ni…. kita mesti lakukan sesuatu…

Saya yakin, Allah boleh tarik nyawa saya bila-bila masa je. Jadi bagaimana ikhtiar saya untuk memastikan pengakhiran kehidupan saya dalam keadaan baik? sedangkan saya pun tak tahu bilakah masa itu aan tiba. Jadi, ikhtiar yang saya mampu buat, Saya akan berusaha untuk sentiasa melakukan perkara yang Allah suruh  dan tinggalkan perkara yang Allah larang, perbetulkan niat supaya setiap perkara baik yang kita lakukan, ikhlas kerana Allah.  Kita juga boleh berikhtiar untuk memperbaiki diri kita sedikit demi sedikit.. yang penting, iman kita hari inilebih baik dar i semalam. Dan hari esok pula, rancang bagaimana untuk pertingkatkan iman kita. Cuba ubah kelemahan kita slow2, insya allah kita akan mendapat hasilnya. Kalau kita berusaha untuk memperbaiki diri kita dengan niat kerana Allah, insya allah Allah akan bantu dan permudahkan . manusia perlu merancang kan pengakhiran yang bagaimana yang mereka  mahu?

kita lihat kembali matlamat akhir kehidupan kita. Semua orang mahukan syurga Allahbukan? tiada siapa yang matlamat hidupnya untuk masuk neraka. Jadi, bagaimanakah usaha dan perancangan rapi kita untuk masuk syurga. Perancangannya mestilah teliti sebab kita semua pun tahu, syurga Allah itu sangat tinggi nilainya di sisi Allah. tempat yang mulia tu, bukan calang-calang orang boleh masuk. Jadi, mari berikhtiar besama2 untuk menjadi orang hebat di sisi Allah…. Moga kita menjalani kehidupan kita, dalam perancangan kita mencari redha dan syurga Allah… Insha allah.. moga Allah beri kekuatan kepada hambanya untuk menempuhi dugaan dan cabaran sepanjang perjalanan ke syurga…🙂

Saya sertakan lirik lagu yang mengingatkan kita kepada kematian…

Bila waktu telah berakhir – Opick

Bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yang sementara
bagai manakah bila semua
hilang dan pergi meninggalkan diri mu

bagaimanakah bila saat nya
waktu terhenti tak kau sedari
masihkah ada jalan bagi mu untuk kembali
mengulang ke masa lalu

dunia….

dipenuhi dengan hiasan
semua….

dan segala yang ada
akan kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tinggallah sepi…

*boleh download lagu ini di sini

Single Post Navigation

4 thoughts on “muhasabah diri tentang usia…

  1. insyaAllah..moga2 umur yg Allah bagi..mendapat redhaNya..

  2. owh~~~kamu memang sudah berusia lebih setahun dari saya. yay~~ \(^.^)/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: