Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

kemalangan


Pada 15 Mac yang lalu, Saya mendapat mesej dari kak Fatimah Adi, menceritakan serba ringkas kemalangan yang menimpa dua orang sahabat di perlis… membaca mesej tu cukup membuat saya terkedu.. kelu tak terkata. Moga Allah beri kekuatan dan ketabahan kepada dua sahabat berkenaan dan keluarga mereka. Sungguh berat ujian yang Allah beri, tapi insya Allah mereka mampu menghadapinya kerana Allah tidak akan menguji seseorang melainkan mengikut kemampuannya.

Kemudian saya membaca perkembangan berita kemalangan yang berlaku di blog Brohamzah di sini. Subhanallah, saya sangat kagum dengan ketabahan dan semangat juang mereka. apa yang berlaku pada mereka turut menguji kita sebagai saudara seakidah. Ujian untuk mereka ini merupakan tarbiyyah untuk diri kita juga. Terlalu banyak pelajaran yang kita boleh ambil dari kejadian ini. Masih terlalu banyak perkara yang perlu saya perbaiki. Didik hati untuk redha dengan ujian Allah, perbetulkan dan murnikan niat untuk melakukan sesuatu kerana Allah, merasai setiap apa yang kita ada hanyalah sekadar pinjaman dari Allah. Kita tidak punya apa. Segala yang kita ada adalah nikmat dari Allah dan nikmat itu, boleh ditarik bila2 sahaja. Saya sangat terkesan dengan peristiwa ini. Saya sangat kagum dengan semangat perjuangan dan kesungguhan mereka di jalan Allah.

Semoga Allah berikan kekuatan dan ketabahan kepada mereka.. marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah berikan kesembuhan dan kekuatan kepada mereka untuk meneruskan perjuangan. Kita mesti kuat sebab kita sentiasa ada Allah!

**** Sentiasa didik hatimu untuk tunduk & patuh  kepada perintah  Allah.

Single Post Navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: