Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

koleksi gambar comel :)


Semasa di tahun akhir, saya menjaga acim seekor je. tapi kesian dia, sunyi tanpa teman. acim berbeza dengan kucing lain, kalau kucing lain, mereka akan sangat marah kalau ada kucing yang tak dikenali datang ke bilik. tapi acim tak. dia sangat suka saya bawak kucing lain, dan dia akan tercari-cari kalau kucing tu dah keluar. masa saya menjaga acim, dia selalu sangat kacau saya bila saya buat kerja. kat mana saya duduk, kat situ jugalah dia akan ada. satu hari, saya bawa balik itam dengan uteh ke bilik. acim sangat excited. dia asik ikut je itam dengan uteh sebab dia nak kawan & main. langsung tak kacau saya dah.  tapi itam dengan uteh tak suka dia. hehe. kesian acim. penat jugalah nak pantau mereka ni, takut acim kena cakar dengan itam @ puteh.. dalam beberapa hari, baru mereka kamceng. so, kemesraannya seperti di gambar dibawah.. hehe.. berserabut jugalah bilik sebab ada 3 bachelor hensem yang sangat nakal ni😉..

itam, uteh & ichiro@acim

kemudian acim diserahkan pada orang lain. tinggallah itam dan uteh dengan saya. kebetulan saya terjumpa dua ekor anak kucing kat ktdi.. kesian sangat dengan diorang. jadi saya pun bawalah mereka balik. sayangnya itam dan uteh tak suka. diorang punyalah marah dan bengis pada anak kucing tu. saya namakan dua ekor tu abang dan adik. yang adik tu betina. jadi dia sangat manja dan kebudak2an sikit.. yang abang tu pula, selalu melindungi adik dia. comel :)…. ambil masa beberapa hari jugalah itam dan uteh nak terima kehadiran mereka.  dua malam itam tak nak tidur atas katil. die tidur kat tempat tinggi sebab takut anak kucing tu dekat dengan dia. buat lawak je itam ni. lama-lama, mereka dah okay dah. itam dan uteh pun dah sayang kat abang dan adik.. itam dan uteh dah jadi macam mak ayah mereka pula. kalau uteh, dia selalu mandikan dan manjakan budak2 berdua tu. kalau itam, dia selalu pastikan budak berdua tu makan, tidur sama2. itam dengan uteh pun selalu bawak budak berdua ni berjalan kat luar bilik. tapi kat area depan bilik jela. sebab budak berdua tu penakut yang amat bila ada kt luar bilik. selalunya diorang ni akan main kat luar bilik lepas pukul 12 malam sebab takde orang,, hihi.. punya lah penakut. nanti dah pukul 2 pagi tu, saya panggil lah mereka masuk untuk tidur… lihatlah aksi2 comel  mereka :)…

bila si gemok menghempap si kecik tanpa rasa bersalah🙂

apabila orang tua berebut untuk masuk sangkar🙂

itam yang kurang sopan ;p

abang yang mengantuk🙂

adik yang cute sangat & manja🙂

berebut sangkar😉

abang

*uteh*🙂

*abang*

*adik*

comel adik🙂

Single Post Navigation

2 thoughts on “koleksi gambar comel :)

  1. abang yang mengantuk tu mesti tgh landing kt tuannye yang baru lepas solat..kan??hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: