Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Archive for the category “lirik lagu”

bantuan ke Palestin – Lifeline 4 Gaza


Menyokong penduduk palestin di Gaza adalah kewajipan agama pada setiap Muslim dan tiada siapa dikecualikan daripada tugas tersebut. Umat Islam perlu bersedia berkorban harta benda dan apa sahaja yang bernilai demi membantu saudara kita di Gaza – (Sheikh Yusuf Al-Qardhawi)

Long Live Palestine
Artist: Lowkey

This is for Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza!!

Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza!!

While we listen to tunes, made by ignorant fools,
Israel blocked the UN from delivering food,
They’ll bring in the troops and you won’t even glimpse at the news,
They make money of the products that we are quick to consume,
It’s not simply a question of differing views,
Forget emotions, this is fact, what I spit is the truth,
Makes no difference if you’re a Christian or if you’re a Jew,
They are just people living in different conditions to you,
They still die when you bomb their schools, mosques and hospitals,
It is not because of rockets, please God can you stop this all,
I’m not related to the strangers on the TV,
But I relate because those faces could have been me,
Words can never ever explain the raw tragedy,
It’s not a war they’re just murdering more rapidly,
We are automatically supporting pure savagery,
Imagine how you’d feel if it was your family,

Free my people,
Long Live Palestine!
We will never let you go!
Sing it with me…
Free Free Palestine (x8)

Palestine remains in my heart forever,
We stand for peace, in times of war we shan’t surrender,
Remember, it didn’t start in that dark December,
Every coin is a bullet, if you’re Mark’s and Spencer,
And when your sipping Coca-Cola,
That’s another pistol in the holster of a soulless soldier,
You say you know about the Zionist lobby,
But you put money in their pocket when you’re buying their coffee,
Talking about revolution, sitting in Starbucks,
The fact is that’s the type of thinking I can’t trust,
Let alone even start to respect,
Before you talk learn the meaning of that scarf on your neck,
Forget Nestle,
Obama promised Israel 30 billion over the next decade,
They’re trigger happy and they’re crazy,
Think about that when you’re putting Huggies nappies on your baby,

Free my people,
Long Live Palestine!
We will never let you go!
Sing it with me…
Free Free Palestine (x8)

This is not just a war over stolen land,
Why do you think little boys are throwing stones at tanks?
We will never really know how many people are dead,
They drop bombs on little girls while they sleep in their beds,
Don’t get offended by facts, just try and listen,
Nothing is more anti-Semitic than Zionism,
So please don’t bring bad vibes when you speak to me,
There’s plenty of Rabbi’s that agree with me,
It’s your choice what you do with this message,
Don’t get it confused; I view this from a truly human perspective,
How many more resolutions have to be violated?
How many more children have to be annihilated?
Israel is a terror state, there terrorists that terrorise,
I testify, my television televised them telling lies,
This is not a war, it is systematic genocide,
But whatever they try, Palestine will never die!!!

Free my people,
Long Live Palestine!
We will never let you go!
Sing it with me…
Free Free Palestine (x8)

Palestine, Ramallah, West Bank, Gaza,
This is for the child that is searching for an answer,
I wish I could take your tears and replace them with laughter,
Long live Palestine, Long live Gaza!! (x2)

kembali pada Allah


“Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan
ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah
– IBNU QAYYIM-

*******

Kembali pada Allah

Hasbunallah Wanikmat Wakil
Nikmat Maulana Waanikman Nashir

Bila Hati Gelisah
Tak Tenang
Tak Tenteram
Bila Hatimu Goyah
Terluka
Merana

Jauhkah Hati ini Dari Tuhan
Dari Allah
Hilangkan Dalam Hati Dzikirku
Imanku
Hanya Dengan Allah
Hatimu Akan Menjadi Tenang

Dengan Mengingat Allah
Hilangkan Semua Kegelisahan
Cukuplah Hanya Allah
Hati Bergantung dan Berserah Diri

****

Allah is enough for me…..

Di mana DIA dihatiku?


hukhuk… bila membaca tajuk ni je sudah cukup untuk menggetarkan hati.. Artikel ini diambil dari laman web Ustaz Pahrol Mohd Juoi, yang menulis buku Tentang Cinta. Baru saya tahu, rupanya ustaz ada mengeluarkan sebuah buku baru yang bertajuk Di mana DIA dihatiku?. Sangat menarik… ni cover bukunya.

Ikutilah petikan bab terakhir daripada buku ini:

Di mana DIA di hatiku?

…. semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka…

Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.

Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.

Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.

“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.

“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.

Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”

Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…

Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…

MENGEMIS KASIH MU

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak Dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

(Sajak yang ditulis sejak lama. Kini telah pun diangkat menjadi sebuah nasyid).

p/s: petikan bab terakhir tu saya ambil dari laman web ustaz Pahrol sendiri di sini. Artikel yang banyak memberikan pengajaran.. Nak cari juga buku ni sampai jumpa… Persoalan untuk diri sendiri, Dimanakah DIA dihatiku?…. Allah…

Doa Rabithah – by izzatul islam


Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma’rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

( 8:63 )

* lagu ini saya sangat suka dan saya tujukan kepada semua teman2 sejati dan sahibah2 yang amat saya sayang. Moga allah tautkan hati2 kita dengan ikatan iman. Marilah kita berusaha membentuk ukhuwah kita kerana Allah kerana hanya dengan ikatan yang dilandaskan kepada Allah yang akan kekal hingga ke syurga :).. saya sayangkan anda semua.. sungguh!!! saya benar2 sayangkan teman2 sejati saya. Saya sedang merangka kehidupan untuk mencapai redha ilahi dan mengejar syurga Allah. Ayuh bersama2 berusaha merancang hidup kita untuk ALLAH!!! moga Allah satukan kita di syurga… ameen ;).. oh, terlupa, boleh download lagu isi hati saya ni di sini ya ;)

Palestina tercinta


Palestina Tercinta
Album : Tak Kenal HENTI !!!
Munsyid : Shoutul Harokah

http://liriknasyid.com

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa
A aa aaaa
A aaa aaa
A aaa aaaa a a a aa

Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu, Palestina tercinta
Kami penuhi panggilanmu
Untukmu, Al-Aqsho yang mulia
Kami kan terus bersamamu

Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu

Ya Robbi, izinkanlah kami
Berjihad di Palestinamu
Ya Allah, masukkanlah kami
Tercatat sebagai syuhadamu (3x)

p/s: first time saya dengar lagu ni, semasa menghadiri kem jati diri di Bachok…. Subhanallah, memang sangat2 bersemangat bila mendengar adik2 KJD menyanyikan lagu ni, dan saya sangat sukakan lirik lagu ini. sangat-sangat memberi kesedaran, menaikkan semangat dan mengingatkan diri kepada saudara seagama kita di palestin. saya dah uploadkan lagu ni di 4shared. silalah download lagunya di sini.

untuk makluman anda, kumpulan shoutul harakah ini akan mengadakan konsert di malaysia pada 26hb mac 2010 sempena kutipan dana bantuan ke palestin. sesiapa yang berkesempatan, sudilah hadir dan menderma untuk membantu saudara2 kita di sana. boleh lihat iklan konsert palestin di post sebelum ini. Semoga ikhtiar kita yang concern dan berusaha sungguh2 untuk membantu saudara2 seagama kita di sana, diterima Allah. kita mungkin tidak mampu untuk berjihad mengangkat senjata melawan israel di sana, tapi itu bukan alasan untuk kita berdiam diri dan melihat dari jauh tanpa berbuat apa2. walau jasad berada jauh dari palestin, namun harapnya, jiwa2 kita sentiasa dekat dan bersama2 mereka untuk menegakkan deen islam.

Setelah aku dipaling


Setelah Ku Dipaling

Nyanyian Rast

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikmu
Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri
Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling

***********
* dah sangat lama tak dengar lagu ni… siang tadi tiba2 terdengar lagu ni,,,,
hmmm….
i misses my sweet & happy moments……
ya Allah,,,
moga Kau susunkan yang terbaik untuk hambaMu…
moga setiap apa yang berlaku adalah jalan yang terbaik untuk semua….
Moga ini adalah yang terbaik untuk diriku, agamaku, duniaku dan akhiratku….

Post Navigation

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: