Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Hakikat Pernikahan Dalam Islam


Abu BAkar Jabir Al-Jazairy dalam kitab Minhajul Muslim menyebutkan bahawa pernikahan adalah akad yang menghalalkan kedua belah pihak – lelaki & perempuan – untuk bersenang-senang satu dengan yang lainnya. Dengan demikian, pernikahan boleh difahami sebagai: aqad untuk beribadah kepada Allah, aqad untuk menegakkan syariat Allah, aqad untuk membangunkan rumah tangga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Pernikahan juga aqad untuk meninggalkan kemaksiatan, aqad untuk saling mencintai kerana Allah, aqad untuk saling menghormati dan menghargai, aqad untuk saling menerima apa adanya, aqad untuk saling menguatkan keimanan, aqad untuk saling membantu dan meringankan beban, aqad untuk saling menasihati, aqad untuk setia kepada pasangannya dalam suka dan duka, dalam kefakiran dan kekayaan, dalam sakit dan sihat.

Pernikahan bererti aqad untuk meniti hari-hari dalam kebersamaan, aqad untuk saling melindungi, aqad untuk saling memberikan rasa aman, aqad untuk saling mempercayai, aqad untuk saling mencurahkan perasaan, aqad untuk saling menutupi aib, aqad untuk berlumba menunaikan kewajipan, aqad untuk saling memaafkan kesalahan, aqad untuk tidak menyimpan dendam dan kemarahan, aqad untuk tidak mengungkit-ungkit kelemahan, kekurangan, dan kesalahan.

Pernikahan adalah aqad untuk tidak melakukan pelanggaran, aqad untuk tidak saling menyakiti hati dan perasaan, aqad untuk tidak saling menyakiti badan, aqad untuk lembut dalam perkataan, aqad untuk santun dalam pergaulan, aqad untuk indah dalam penampilan, aqad untuk mesra dalam mengungkapkan keinginan, aqad untuk saling mengembangkan potensi diri, aqad untuk adanya saling keterbukaan yang melegakan, aqad untuk saling menumpahkan kasih sayang, aqad untuk saling merindukan, aqad untuk tidak adanya pemaksaan kehendak, aqad untuk tidak saling membiarkan, aqad untuk tidak saling meninggalkan.

Pernikahan juga bermakna akad untuk menebarkan kebajikan, aqad untuk mencetak generasi berkualiti, aqad untuk siap menjadi bapa dan ibu bagi anak-anak, aqad untuk membangun peradaban, aqad untuk segala yang bernama kebaikan!

Dipetik dari buku Pernik-pernik rumah tangga islami – Cahyadi Takariawan

Moga Allah redha, pelihara dan permudahkan segala urusan.

Moga mendasarkan ikatan pernikahan dengan tujuan untuk berubudiyah kepada Allah.

Single Post Navigation

5 thoughts on “Hakikat Pernikahan Dalam Islam

  1. Melda Syovina on said:

    Subhanallah, semoga suatu saat Allah mempertemukan hamba dengan jodoh yang menuntun hamba kepada-Nya… amin! (hehehe.. saya belum menikah mbak… tapi umur saya sudah 23 tahun)

  2. andrea on said:

    Bagaimana jika pasangan kita tidak setia?

    • Doa pada Allah. Allah yang pegang hatinya.Inshaallah, mudah-mudahan kita & pasangan sama-sama menjadi hamba Allah yang taat. Inshaallah, kalau kalau takut pada Allah, merasai pengawasan Allah dalam kehidupan kita, kita tidak akan buat perkara-perkara yang Allah tak redha. Ingatan untuk diri saya juga. moga kita menjalankan tanggungjawab sebagai isteri semata-mata kerana Allah. Walau mendapat suami yang bagaimana pun, hati ini ikhlas melaksanakan tanggungjawab kerana Allah.

  3. Muh. Timbang on said:

    subhanallah sungguh mulia pernikahan itu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: