Perjalanan Kehidupan

terus melangkah untuk mencari keredhaanNya

Archive for the day “May 4, 2010”

santai sebentar


***Mode mengantuk***

Dah 4 hari mata kanan ni sentiasa terkelip-kelip… Dari hari Sabtu yang lepas… Setiap masa dia macam tu, kecuali waktu tidur je tak (tu pun sbb tak perasan.. hihi)

hari sabtu yang lalu, saya, Khatijah dan Fazirah telah ke Kipmart. tujuannya untuk mengutip dana untuk misi LIFELINE 4 GAZA.. saya bertanya pada khatijah dan Fazirah:

Shah: kenapa mata asik berkelip  ni ha?

Fazirah:  Ooo, nak dapat duit kot…

Shah: hah??

Aik? Bukan selalu orang kata, tapak tangan gatal-gatal barulah duit nak masuk. Mungkin masa tu kami memang sangat mengharapkan mendapat duit yang banyak kot.. tapi yang tak tahannya, Fazirah boleh cakap macam tu dgn muka confidentnya. haha.

Kemudian petang tadi, saya mengadu kat nabihah:

Shah: Bihah, mata kanan orang asik berkelip je dari sabtu hari tu….

Bihah: ooo, ade orang rindu kot…

Shah: ha?  la, apsal lak nak rindu2? Masuk meminang jela~ hihihi

Bihah: ooo, mak shah kot yang rindu~~

Shah: Erk? *Speechless..*

haha, bihah ni, kacau betullah, baru nak main2, dah bagi jawapan yang buat orang terkedu 😀

Ohh, dengan mata yang terkelip2 ni, saya perlulah menyiapkan progress master secepat mungkin, Kalau boleh nak hantar pada supervisor esok. Nanti hari Khamis dan Jumaat, bolehlah menghilangkan diri dari Lab dengan senang hatinya. hihi 😀

Mohon doakan urusan kami pada hari Khamis dan Jumaat ini dimudahkan.. Insha allah..Selamat bekerja!!!

ok, mengantuk sudah hilang, teruskan membuat progress Shah Aznie… Moga allah permudahkan 🙂

Post Navigation